Friday, February 19, 2010

Misi Jelajah Pemantapan Aqidah

Misi dijalankan pada 27 hingga 30 Januari 2010. Peserta yang terlibat ialah seramai 10 orang dari penduduk Kampung Bitoon dan 21 orang daripada penduduk Kampung Tampious. Mereka dibawa melawat negeri Melaka, Kelantan dan Kuala Lumpur. Tujuan adalah untuk melihat tentang perkembangan dan kemajuan Malaysia serta pembangunan Islam di Negeri Kelantan.

 
Saat menunggu bas untuk ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

 
Bergambar di Melaka.

 
Melawat sekitar bandar Melaka.

 
Taklimat oleh Ust. Nik Umar tentang kuliah mingguan di Kota Bharu.



  
Bergambar kenangan di hadapan Rumah YAB Menteri Besar Kelantan, di Kampung Pulau Melaka.

 
Mendengar Tadzkirah di Masjid Bentong, Pahang.

 
Melawat sekitar Wilayah Persekutuan Puterajaya .



 
Majlis resolusi penutupan Lawatan di Masjid KLIA.



  
Bergambar kenangan di LCCT KL sebelum berangkat pulang ke Sabah.

Semoga perjalanan pemantapan aqidah ini memberikan sesuatu yang bermakna bagi penduduk kedua-dua kampung tersebut.

Saturday, December 5, 2009

MISI PELAJAR PONDOK 2009

MISI KORBAN 2009





MISI KORBAN 1430 HIJRAH
bersamaan 24-30 November 2009


Ust Akhwan menyempurnakan penyembelihan korban dibantu oleh Ust Ishak dan penduduk Kg Rokum Laut, Pitas, Sabah


* Ralat pada gambar tertera tarikh yang salah kerana kamera tidak dilaraskan




MISI RAMADHAN 2009











MISI RAMADHAN 1430
OGOS 2009



Projek Memasang Pam Air di Kg Rokum Laut, Pitas, Sabah


Projek Bulan Disember 2008
Misi Dakwah & Ramadhan
Menelan belanja melebihi RM 10,000.00











Beginilah keadaan rumah penduduk miskin di pedalaman Kudat di Tg Kapur, Kudat Sabah.

MISI AMAL 2008


'Pada 12 - 22 Julai 2008 yang lalu, ADNIN Management telah melancarkan satu misi da'wah di bumi Sabah. Tujuan misi da'wah ini dilancarkan adalah untuk mengadakan program-program di sekolah-sekolah dan sekaligus menyampaikan da'wah Islamiyyah bagi penduduk bumi Sabah.

Menyahut seruan "sampaikanlah walaupun satu ayat.." ADNIN Management berasa bertanggungjawab untuk melaksanakan misi ini bagi membantu untuk mengembangkan da'wah bagi semua.



Sebahagian crew ADNIN membantu keluarga angkat di kebun mereka, Pendapatan penduduk di Kg Luanti ini ialah hasil tanaman kebun

En Shamsudin merupakan abang angkat kepada Ust Akhwan & Sdr Jabbar, sedang mengambil air perigi di malam hari sebagai bekalan minuman dan kegunaan dapur untuk beberapa hari. Jarak perigi dengan rumah beliau lebih 1 km.


















Keluarga En Rahim & Ibu Anastasia merupakan Keluarga angkat kepada crew ADNIN, tempat persinggahan semasa menjalankan misi-misi dakwah di bumi Sabah.


'Gambar ini diambil di Kg Luanti Baru, Ranau, Sabah. Bersama kami ialah Ibu Anastasia Majangki yang menjadi keluarga angkat kami sepanjang berada di Ranau. Misi kami kali ini bertumpu pada 3 tempat utama iaitu: Ranau, Kudat dan Kg Pitas ( Kg termiskin di Malaysia)

Sebarang pertanyaan, sumbangan atau ingin mengikuti perlaksanaan misi ini, sila hubungi :
HAFIZA :013-9330474
U'MAR : 013-9840474

Kami amat mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada sesiapa yang ingin menyumbang terhadap perjalanan misi ini.

'Terakhir untuk tahun 2008, kami telah bersama melaksanakan Misi Korban melibatkan beberapa lokasi di Sabah. Antaranya, Ranau, Tempios, Pitas dan beberapa lokasi lain. Selain aktiviti korban, kami melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat dan menjadi anak angkat kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan untuk sama-sama merasai kesusahan mereka.

J

Jika misi yang lepas kami hanya sempat meninjau kepayahan masyarakat Pitas mendapatkan sumber bekalan air, pada Misi Korban ini kami telah menyumbang mesin pengepam air kepada penduduk Kg Rukom Laut hasil sumbangan orang ramai di Semenanjung.

Untuk 2009, kami akan meneruskan misi ini dan mancari peluang untuk melaksanakan misi di Bumi Kenyalang pula.


Semoga misi ini akan terus terlaksana..InsyaALLAH..


Thursday, November 13, 2008

Misi AMAL Qorban dan ziarah Dakwah Ke-2

Program Jelajah Qorban AMAL Negeri Sabah 2008
(Sempena Hari Raya Aidil Adha 1429H)


Anjuran : Yayasan AMAL Pusat & AMAL Cawangan Sabah

Tarikh :
4hb - 6hb Disember 2008 - Kg. Luanti Baru, Ranau.
7hb - 10hb Disember 2008 - Kg. Nunuk Ragang, Ranau.
11hb - 13hb Disember 2008 - Daerah Pitas.

Aktiviti :
1. Jelajah ziarah masyarakat muallaf dan non muslim pendalaman sabah.
2. Program Keluarga angkat bersama masyarakat kampung.
3. Qorban lembu dan agihan sumbangan kepada masyarakat pendalaman.
4. Majlis solat sunat aidiladha bersama masyarakat pendalaman.
5. Teknik dakwah kreatif dengan aktiviti yang menarik, cth: uli dan tebar roti canai, malam kesenian dll.
6. Belajar bahasa masyarakat setempat.


Kepada yang berminat untuk sertai program jelajah ini boleh terus berhubung dengan urusetia :
013 - 530 5244 (Saifudin)
019 - 510 2454 (Fawwaz)
088 - 389 515 (Pej./Fax)

Thursday, December 20, 2007

Misi AMAL Qorban dan Ziarah Dakwah (1)

Misi AMAL Qorban Ke Kawasan Pendalaman Sabah sempena Aidiladha 1428 H


1. Rombongan anggota AMAL tiba bersama sumbangan org ramai di LCCT Kota Kinabalu.
2. Ucapan daripada wakil AMAL Selangor semasa Sambutan AidilAdha di Surau Kg Nunuk Ragang, Ranau.

3. Pemberian sumbangan tafsir untuk Surau Kg Tompias.


4.Sumbangan A-quran dan muqaddam kepada penduduk Kg. Nunuk Ragang.

5. Bergambar bersama banner Qurban Amal 2007 Yayasan Amal Malaysia caw. Sabah.

6.Gotong-royong memasak Sup tulang versi Kg. Nunuk Ragang.

7. Bergambar bersama-sama dengan sebahagian daripada penduduk Kg Nunuk Ragang yg beragama Islam.

8. Surau An-najah Kg Nunuk Ragang yg serba kekurangan


9. Berkemas-kemas selepas selesai gotong-royong sempena sembelihan qorban di Surau Nunuk Ragang, Ranau.


KLIK DI SINI
untuk kembali ke laman blog ADNIN





MISI KORBAN 1430 HIJRAH NOVEMBER 2009





HARAP MAAF !!! BLOG DALAM PEMBIKINAN