Saturday, December 5, 2009

MISI PELAJAR PONDOK 2009

MISI KORBAN 2009





MISI KORBAN 1430 HIJRAH
bersamaan 24-30 November 2009


Ust Akhwan menyempurnakan penyembelihan korban dibantu oleh Ust Ishak dan penduduk Kg Rokum Laut, Pitas, Sabah


* Ralat pada gambar tertera tarikh yang salah kerana kamera tidak dilaraskan




MISI RAMADHAN 2009











MISI RAMADHAN 1430
OGOS 2009



Projek Memasang Pam Air di Kg Rokum Laut, Pitas, Sabah


Projek Bulan Disember 2008
Misi Dakwah & Ramadhan
Menelan belanja melebihi RM 10,000.00











Beginilah keadaan rumah penduduk miskin di pedalaman Kudat di Tg Kapur, Kudat Sabah.

MISI AMAL 2008


'Pada 12 - 22 Julai 2008 yang lalu, ADNIN Management telah melancarkan satu misi da'wah di bumi Sabah. Tujuan misi da'wah ini dilancarkan adalah untuk mengadakan program-program di sekolah-sekolah dan sekaligus menyampaikan da'wah Islamiyyah bagi penduduk bumi Sabah.

Menyahut seruan "sampaikanlah walaupun satu ayat.." ADNIN Management berasa bertanggungjawab untuk melaksanakan misi ini bagi membantu untuk mengembangkan da'wah bagi semua.



Sebahagian crew ADNIN membantu keluarga angkat di kebun mereka, Pendapatan penduduk di Kg Luanti ini ialah hasil tanaman kebun

En Shamsudin merupakan abang angkat kepada Ust Akhwan & Sdr Jabbar, sedang mengambil air perigi di malam hari sebagai bekalan minuman dan kegunaan dapur untuk beberapa hari. Jarak perigi dengan rumah beliau lebih 1 km.


















Keluarga En Rahim & Ibu Anastasia merupakan Keluarga angkat kepada crew ADNIN, tempat persinggahan semasa menjalankan misi-misi dakwah di bumi Sabah.


'Gambar ini diambil di Kg Luanti Baru, Ranau, Sabah. Bersama kami ialah Ibu Anastasia Majangki yang menjadi keluarga angkat kami sepanjang berada di Ranau. Misi kami kali ini bertumpu pada 3 tempat utama iaitu: Ranau, Kudat dan Kg Pitas ( Kg termiskin di Malaysia)

Sebarang pertanyaan, sumbangan atau ingin mengikuti perlaksanaan misi ini, sila hubungi :
HAFIZA :013-9330474
U'MAR : 013-9840474

Kami amat mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada sesiapa yang ingin menyumbang terhadap perjalanan misi ini.

'Terakhir untuk tahun 2008, kami telah bersama melaksanakan Misi Korban melibatkan beberapa lokasi di Sabah. Antaranya, Ranau, Tempios, Pitas dan beberapa lokasi lain. Selain aktiviti korban, kami melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat dan menjadi anak angkat kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan untuk sama-sama merasai kesusahan mereka.

J

Jika misi yang lepas kami hanya sempat meninjau kepayahan masyarakat Pitas mendapatkan sumber bekalan air, pada Misi Korban ini kami telah menyumbang mesin pengepam air kepada penduduk Kg Rukom Laut hasil sumbangan orang ramai di Semenanjung.

Untuk 2009, kami akan meneruskan misi ini dan mancari peluang untuk melaksanakan misi di Bumi Kenyalang pula.


Semoga misi ini akan terus terlaksana..InsyaALLAH..